Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Menara Rebung TM bukan milik kami -TM



Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini menjelaskan bahawa ia merupakan penyewa di Menara TM yang terletak di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan hari ini, TM turut menegaskan bahawa ia bukan pemilik bangunan itu dan tidak terbabit langsung dalam usaha jualan oleh pemilik hartanah tersebut, Menara ABS Bhd.

“Syarikat kini dalam proses menempatkan semula sebahagian besar daripada pejabat korporat TM di hartanah miliknya, termasuk TM Annexe 1 dan TM Annexe 2 serta di Cyberjaya.

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha pengoptimuman syarikat bagi mempertingkat kecekapan dan ketangkasan selain selaras dengan persekitaran kerja secara hibrid,” katanya.


-Bernama