Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Muhyiddin akui hadapi kesusahan pilih calon ganti tempatnya di DUN Gambir



KUALA LUMPUR: Ketika ditanya calon yang akan mengambil alih tempatnya di DUN Gambir, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan, Perikatan Nasional Johor mempunyai terlalu ramai calon berkelayakan di negeri itu untuk dipilih.

“Tunggu sahaja, Johor ramai calon yang berkelayakan kadang-kadang susah nak pilih sebab ramai yang layak,” katanya.

Perikatan Nasional (PN) dijangka memuktamadkan senarai semua calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu depan.

Beliau yang juga Pengerusi PN berkata, perbincangan mengenai perkara itu sudah diadakan bersama parti-parti rakan komponen melibatkan Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

“Senarai calon dah ada, tapi kita belum putuskan siapa yang nak dipilih. Dalam masa seminggu kita akan putuskan,” katanya kepada pemberita di Dewan Wawasan Tun Dr. Lim Keng Yaik, Menara PGRM, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Resepsi Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan di sini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Mohd Faizal Azumu; Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Cha.

Media sebelum ini melaporkan, PN dijangka bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor.

-Utusan