Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pelakon Wawa Zainal tak jadi buka implan

Sebelum ini, pelakon Wawa Zainal pernah berkongsi kesan sampingan selepas dia nekad memasang rod implan untuk merancang keluarga.

Katanya, sudah memasuki bulan kedua haid datang tanpa henti dan dia juga kerap berasa pening serta mual.

Membuka ruangan Ask Me A Question di Instagram (IG), Wawa, 30, menerima soalan daripada peminat yang ingin mengetahui keadaan kesihatannya selepas memberitahu ingin membuka implan.

Peminat nak tau keadaan

Membuka ruangan Ask Me A Question di Instagram (IG), Wawa, 30, menerima soalan daripada peminat yang ingin mengetahui keadaan kesihatannya selepas memberitahu ingin membuka implan.

Bagaimana keadaan Wawa sekarang selepas dah buka implan?

Hormon dah normal

Kata pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin, dia tidak hadir ke temu janji untuk membuka implan yang dijadualkan pada Khamis minggu lalu.

Disahkan positif Covid-19 hari sama, isteri kepada aktor Aeril Zafrel ini menyatakan kitaran haidnya juga sudah kembali teratur.

Sepatutnya saya buka implan itu pada Khamis tapi haritu saya positif Covid-19. Jadi saya tak pergi la.

Surprisely period dah takda (berhenti). Mungkin hormon saya dah back to normal.. permulaan kot haritu. Harapnya tak perlu buka.

Terdahulu, Wawa selamat melahirkan anak keempat, Muhammad Fahri, seminggu lebih awal iaitu pada 30 November lalu.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan sudah dikurniakan tiga cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 7, dan Ayya Soffya, kini berusia dua tahun.

-OhMyMedia