Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pelawak Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey



KUALA LUMPUR –  Adik pelawak Allahyarham Abam Bocey, Ali Puteh diperintah membayar RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd. Ali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung kenyataan aib di laman sosial Instagram dua tahun lalu.

Hakim Zulqarnain Hassan memerintahkan demikian selepas membenarkan saman fitnah yang dikemukakan Siti Norhidayah, 30, selaku plaintif terhadap Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan ,34, sebagai defendan.

Ketika membaca keputusan penghakimannya, hakim Zulqarnain berkata, hantaran itu adalah sangat menjatuhkan maruah dan mengaibkan isteri arwah.

“la adalah kata-kata yang amat keras dan melampau seolah-olah isteri arwah (plaintif) adalah spesies asing yang kerjanya merompak harta orang tanpa ada hati dan perasaan. Apatah lagi jika ditujukan kepada seorang wanita yang baru beberapa hari hilang tempat bergantung, masih bersedih dengan kematian pasangan hidup dan risau bagaimana ingin membesarkan anak kecil yang berusia lebih kurang setahun,” kata hakim itu

Pada Mei 2020, Siti Norhidayah, 29, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, 34, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

 -KOSMO! ONLINE