Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pemuda UMNO desak serap caj RM1 bagi pengeluaran di ATM

 

BANK UNTUNG, WAJAR SERAP CAJ RM1 MEPS.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul wajar mempertimbangkan kembali penguatkuasaan semula caj RM1.00 bagi setiap pengeluaran wang tunai antara bank (MEPS) di mesin pengeluaran wang otomatik (ATM) bermula 1 Februari 2022 lalu.
 
Tindakan ini dilihat sebagai tidak prihatin kepada keadaan semasa rakyat yang masih bergelut dengan kekurangan tunai dan peluang pekerjaan yang rendah serta harga barangan keperluan asas yang berterusan mencanak naik. 

Malahan tinjuan ekonomi bagi tahun 2022 juga menjangkakan prospek pemulihan ekonomi yang lembab bakal meningkatkan lagi kos sara hidup rakyat. 

Sudahlah moratarium pinjaman bank mulai berakhir, manakala sehingga hari ini #TuntutanRakyat untuk pengeluaran kali terakhir RM10 ribu wang simpanan KWSP mereka juga masih dipandang sepi oleh Kerajaan.

Bagi memastikan konsep dan falsafah Keluarga Malaysia ini dirasai oleh rakyat kebanyakkan, adalah perlu bagi Kerajaan untuk meneruskan pengecualian caj RM1 ini untuk sekurang-kurang 1 tahun lagi. 

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak melihat ada sebarang masalah bagi bank-bank utama tempatan untuk menyerap caj RM1 berkenaan demi rakyat kerana semakan keuntungan terkumpul bagi tahun 2021 sehingga 30 September 2021 (9M/2021) mencecah puluhan billion ringgit. 

(Rujuk senarai dibawah)
Maybank - RM6.04 billion
Public Bank - RM4.28 billion
CIMB - RM3.44 billion
Hong Leong Bank - RM2.17 billion
RHB - RM1.99 billion
AMMB - RM707.64 juta
Bank Islam - RM454.67 juta
Affin Bank - RM320.09 juta
Alliance Bank - RM315.75 juta

Justeru sekali lagi Pemuda UMNO mendesak agar Menteri Kewangan untuk lebih berpihak kepada rakyat yang sedang susah dan gelisah dengan memenuhi tuntutan mereka termasuklah menarik balik keputusan untuk mengenakan caj pengeluaran ini.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
3 Februari 2022