PETALING JAYA: PKR menawarkan tiga kerusi kepada MUDA untuk bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor bulan depan, kata Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.
Beliau berkata, PKR sudah mengadakan tiga siri rundingan pengagihan kerusi bersama MUDA, dengan masing-masing memberi pandangan secara jujur dan terbuka.
(Kami) sedang menunggu maklum balas berhubung tawaran tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini MUDA berkata mereka akan bertanding sebanyak 6 kerusi.
PRN Johor akan diadakan 12 Mac ini, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Feb dan pengundian awal pada 8 Mac
BACA: Muda tanding 6 kerusi
-FMT