Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PRN Johor: Muktamad 20 senarai calon PKR, tiada kerusi untuk MUDA



PASIR GUDANG: PKR selesai mengumumkan kesemua 20 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekali gus secara rasmi menamatkan rundingan bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Pengumuman itu juga menamatkan desas-desus adik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari iaitu Aziz yang disebut-sebut bertanding di DUN Benut bagi menentang Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad. 

Mereka terdiri daripada:

1- Haryati Abu Nasir (DUN) Semarang; 
2- Mohd. Zaiful Bakri (Kukup), 
3- Rosman Tahir (Tanjung Surat) 
4- Haniff @Ghazali Hosman (Benut).
5- Omar Mokhtar A. Manap di DUN Johor Lama
6- Zulinah A. Johari (Tenggaroh) 
7- Khairuddin A. Rahim di (Rengit).
8- S. Gopalakrishnan (Tiram), 
9- Fakhruddin Moslim (Pasir Raja)
10- Arthur Chiong Sen Sern (Bukit Batu).
11- Napsiah Khamis Maharan (Kempas), 
12- Dr. Zamil Najwah Arbain (Larkin) 
13- Dr. Maszlee Malik (Layang-layang) 
14- C. Subramani (Buloh Kasap) 
15- Yoong Thau (Pemanis)
16- Azmi Masrani (Sri Medan) 
17- Abdullah Sahid (Sungai Balang).
18- Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah)
19- Md Ysahruddin Kusni (Bukit Naning) 
20- Na’im Jusri (Gambir).

Daripada jumlah itu, hanya tiga calon sahaja akan mempertahankan kerusi dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) iaitu Gopalakrishnan, Khuzzan dan Md Ysahruddin manakala majoritinya adalah muka baharu. 

– UTUSAN