Seorang budak lelaki dari Maghribi yang berusia lima tahun yang terperangkap dalam perigi selama empat hari telah meninggal dunia.
Raja Marocco melalui siaran tv negara itu mengumumkan kematiannya sejurus selepas dia dikeluarkan dari perigi selepas usaha menyelamat yang panjang.
Usaha untuk membebaskannya telah menggemparkan negara tersebut, dengan ratusan orang berkumpul di perigi dan ribuan lagi mengikuti dalam talian.
Budak itu terjatuh 32m (104 kaki) melalui bukaan sempit perigi. Misi menyelamat telah dihalang oleh kebimbangan tanah runtuh.
video: Suasana ketika Rayan dikeluarkan