Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rusia sedia ke meja rundingan


MOSCOW: Rusia bersedia ke meja rundingan jika tentera Ukraine menyerah kalah dan menegaskan pasukan tentera Moscow berusaha membebaskan Kyiv daripada ‘penindasan’ Barat.

Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan kesediaan menghantar delegasi ke Minsk bagi tujuan rundingan tersebut.

Putin seterusnya menyeru tentera Ukraine untuk menyingkirkan kepemimpinan di Kyiv dan menggelar pemimpin di negara itu sebagai ‘kumpulan penagih dadah dan neo-Nazi’.

Moscow mengumumkan hari pertama serangan terhadap Ukraine berjaya mencapai semua matlamat dan memusnahkan 83 sasaran Ukraine di laluan darat.


Laporan rasmi menyatakan Rusia melancarkan 203 serangan ke atas negara jirannya sejak awal pagi, Khamis lalu.

Tentera Ukraine bertempur dengan askar Rusia di tiga penjuru iaitu melalui serangan darat, laut dan udara yang disifatkan sebagai serangan terbesar ke atas negara Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Serangan itu mencetuskan amaran Barat mengenai sekatan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini terhadap Rusia.

Pemimpin NATO, EU dan G7 mengecam pencerobohan itu dan berikrar akan mempertanggungjawabkan Moscow, walaupun kesemua pertubuhan antarabangsa itu hanya mampu ‘berpeluk tubuh’ dari jauh.

-AGENSI