Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Saya tak ada kroni, hanya ada orang-orang berkebolehan' Tun M jawab Najib


PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan Najib Razak berhubung beliau memberi tekanan kepada Ahli Parlimen Pekan itu untuk menyokong projek-projek kroninya sewaktu menjadi Perdana Menteri.

“Kalau saya ada kroni, saya boleh jaga kroni saya.

“Saya tak ada kroni. Saya ada orang-orang berkebolehan. Saya tak tolong orang tak ada kebolehan,” katanya pada sidang media Pejuang.


Sebelum ini Najib ada menyoal Mahathir mengenai kes dadah anak seorang taikun yang dikatakan kroni Mahathir yang telah dilepaskan oleh bekas Peguam Negara Tommy Thomas semasa Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri 22 bulan. 



-FMT