NAMA Shuk Sahar menjadi perbualan hangat di platform TikTok selepas satu video memperlihatkan sebuah kereta terbabas ke dalam parit yang didakwa milik pelawak itu.
Difahamkan kereta jenis Myvi berwarna hitam berkenaan terbabas di Tanah Liat, Bukit Mertajam pada petang Isnin.
Menguatkan lagi spekulasi kenderaan itu milik Shuk apabila sebuah portal tempatan iaitu Utusan TV menerusi TikTok rasmi turut berkongsi video tersebut
“Kereta Shuk Sahar terjun parit di Tanah Liat, Bukit Mertajam,” tulis tajuk di video tersebut.
video:
Menerusi rakaman tersebut, pelawak berusia 36 tahun itu turut dilihat berada di lokasi kejadian sambil memerhati keretanya diangkat naik ke atas jalan.
Biarpun sedang diuji, pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar dilihat tenang dan masih mampu ketawa.
Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan dan komen daripada Shuk gagal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon atau membalas mesej.
-Mstar