Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Simpati lihat karakter Muhyiddin berdepan PRN Johor' -Zahid



KENYATAAN ZAHID HAMIDI;

Ramai yang bertanya apakah saya tidak marah dengan kata-kata yang dilemparkan secara semborono oleh Pengerusi PN, Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yasin dalam ceramah politiknya?

Sebagai insan biasa tentunya saya seperti anda semua punya hati dan perasaan yang mampu untuk berasa terguris dan kecewa.

Ramai bertanya apakah saya tidak geram dengan perbuatan Presiden PPBM mempermainkan nama bapak saya untuk ditertawakan oleh penyokong PN?

Saya juga seperti anda semua anak kepada seorang ayah. Allahyarham Hj. Raden Hamidi Bin  Hj. Raden Abdul Fateh bapak yang sangat saya kasihi dan sayangi.

Sebagai anak pastinya saya berasa sedih apabila nama bapak dipermainkan dan dihina sebegitu rupa oleh bekas menteri kerajaan PH itu di khalayak ramai.

Ayuh rakyat Malaysia janganlah kita seperti itu hanya kerana berbeda pendirian politik sehingga pupus nilai kemanusiaan dan kesopanan sesama kita. 

Itu bukan politik yang matang dan sejahtera. Bukan itu nilai politik yang mahu kita wariskan kepada pengundi muda kita dan generasi masa hadapan negara.

Hal ini tidak boleh disamakan dengan pendedahan saya tentang nama sebenar seorang pemimpin politik berdasarkan rekod JPN beberapa tahun lalu.

Saya seterusnya menyatakan dari lubuk hati yang paling dalam saya sebenarnya berasa simpati terhadap Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yasin.

Simpati melihat karakternya yang sedang amat tertekan, terdesak dan keresahan untuk berdepan PRN Johor sehingga meroyan dan meranyah sebegitu buruk.

Setiap insan memiliki hati sama-samalah kita mendoakan agar Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yasin sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T.

Jika benar saya marah beliau tidak mahu melepaskan kes mahkamah pastinya beliau tidak mampu jadi Perdana Menteri sehingga 17 bulan lamanya.

Jika benar saya marah beliau tidak mahu melepaskan kes mahkamah pasti sudah lama Malaysia berdepan PRU-15. (Nota: ini bukan ugutan tekan butang)

Malah saya cekal menghadapi pendakwaan terpilih yang dikenakan oleh kerajaan PH terhadap saya diatas prinsip berani kerana benar. 

Tidak sesekali saya sanggup menggadaikan UMNO apatah melompat parti mahupun berselingkuh dengan musuh untuk mengelak daripada didakwa.

Jika mahu terlepas daripada pendakwaan terpilih barangkali harus saja saya mengabaikan mandat akar umbi UMNO menolak kerjasama PPBM. Tetapi haruskah saya melanggar amanah itu?

Seseorang yang yakin dirinya tidak bersalah satu-satunya yang diharapkan cumalah perbicaraan yang adil dan saksama. 

Sebenarnya kita harus berasa sangsi dengan dakwaan yang dibuat oleh seseorang yang telah terbukti mampu untuk berbohong dan memutarbelit apa sahaja demi kuasa.

Sehingga sanggup memutarbelit titah Yang di-Pertuan Agong tentang Ordinan Darurat untuk berbohong kepada Parlimen, malah tergamak menipu nama sebenar.

Sanggup merancang "scheme of things" yang melanggar undang-undang dan prinsip demokrasi bagi 'membeli' sokongan wakil rakyat supaya bertambah berkuasa.

Sanggup menawarkan sogokan secara terbuka di kaca TV kepada Ahli Parlimen supaya menyokongnya kekal sebagai Perdana Menteri.

Saksikan sekutu politiknya sendiri semasa PRU-14 yang kemudian menjadi seteru selepas berpecah turut berdepan pendakwaan semasa beliau memegang kuasa Perdana Menteri.

Tetapi percayalah sikap 'angkat bakul' Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yasin dan kutukannya terhadap saya serta nama bapak saya bukan nilai sebenar Bangsa Johor.

Kata sasterawan anak Johor: 

Kurang ajarnya tetap santun
Lembutnya cukup jantan
Dajalnya masih selamba
Nakalnya bersulam jenaka
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyuman
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

sumber: FB Zahid Hamidi