Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

TERKINI: 11 warga Malaysia di Ukraine tiba di sempadan Poland


Kuala Lumpur: Seramai sembilan rakyat Malaysia yang dipindahkan keluar dari Kyiv selamat tiba di Korczowa-Krakovets, sempadan Ukraine dan Poland, pagi ini.

Mereka tiba pada jam 5.45 pagi waktu Malaysia (10.45 malam waktu tempatan, Sabtu).

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi Facebook rasminya, hari ini.

"Alhamdulillah, konvoi memindahkan sembilan rakyat Malaysia dan dua tanggungan mereka serta seorang warga Singapura dari Kyiv yang diketuai oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Urkaine, Fadhilah Daud selamat tiba di Korczowa-Krakovets.

"Konvoi disambut oleh dua pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Poland," katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka yang dievakuasi itu termasuk pegawai pengiring akan meneruskan perjalanan ke Warsaw dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur, dalam masa terdekat.


Wisma Putra dalam kenyataan turut memaklumkan pihaknya sentiasa berhubung rapat dengan pegawai kedutaan bagi memastikan keselamatan dan keberadaan rakyat Malaysia yang dievakuasi berkenaan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dilaporkan berkata, 11 rakyat Malaysia di Ukraine sudah meninggalkan Kyiv dan dalam perjalanan untuk keluar dari negara berkenaan susulan konflik yang melanda.

Beliau bagaimanapun dilaporkan tidak boleh mendedahkan lokasi semua individu berkenaan atas faktor keselamatan.

Seramai 23 rakyat Malaysia berada di Ukraine sebelum ini, namun 12 daripadanya sudah meninggalkan Ukraine manakala bakinya yang dibawa keluar dari Ukraine ketika ini.

-Hmetro