Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ulat sagu haram dimakan -Zulkifli



PUTRAJAYA: Ulat sagu atau ulat mulong haram dimakan kerana ia dianggap jijik sebagaimana pendapat ulama dalam kalangan mazhab Syafie.

Itu dijelaskan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi portalnya, Maktabah Al-Bakri, hari ini yang menyatakan, hukum itu diputuskan berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan. 

“Malah, pendapat ini juga adalah selari dengan keputusan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Sarawak, bertarikh 20 November 2014.

“Dalam hal ini, hukumnya adalah haram disebabkan oleh kenajisan bangkainya dan juga kejijikannya,” katanya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkata, ada pendapat kedua mengatakan halal secara mutlak, kerana ulat itu dianggap sebahagian daripada buah, manakala pendapat lain turut mengatakan haram secara mutlak kerana ulat itu dikira sebagai bangkai.

Ulat sagu adalah larva yang berasal daripada sejenis kumbang yang hidup di dalam batang sagu, pohon rumbia, pokok mulong atau pokok pantu yang reput.

Ulat sagu memiliki ciri tubuh berwarna putih dan kepala berwarna coklat, manakala tubuhnya tampak gemuk. 

Ulat mulong atau sagu ini dikenali dengan pelbagai gelaran mengikut kaum di Sarawak dan kaum Melanau memanggilnya dengan gelaran Si’et.

Kaum Iban pula memanggilnya dengan nama Tinduh, manakala ulat mulong digelar sebagai Sikot dalam kalangan masyarakat Bidayuh. 

–UTUSAN ONLINE