Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wanita 22 tahun cuba terjun dari tingkat 12 kondominium dekat Pandan




KUALA LUMPUR: Satu lagi cubaan bunuh diri berjaya dipatahkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM Selangor apabila seorang wanita berusia 22 tahun diselamatkan daripada terjun dari tingkat 12 sebuah kondominium di Pandan, Ampang.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, ketika pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan tiba, wanita berkenaan sedang berdiri dekat kawasan koridor sebelum berjaya dipujuk anggota dalam kejadian pada pukul 4.37 pagi.

“Mangsa berjaya dipujuk oleh bomba dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. 

– UTUSAN