Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Zahid sindir MUDA



KENYATAAN PRESIDEN UMNO:

Kerana UMNO Yang Gila Kuasa.

Kerana UMNO yang gila kuasa, sebab itu MUDA tikam ADUN Tiram dari PKR.

Kerana UMNO gila kuasa, sebab itu teguran kegagalan membuat kerja yang kononnya berprinsip dipadamkan pula setelah menyedari tertembak sekutu (yang dikecam) sendiri. 

Kerana UMNO yang gila kuasa, sebab itu MUDA hentam semua pakatan PH (DAP dan PAN), PN (Bersatu dan PAS dan BN) dan BN sebagai sama korup dan pengamal rasuah.

Kerana UMNO yang gila kuasa, sebab itu MUDA menuduh UMNO yang bersalah di Sarawak walaupun PRN Sarawak tidak ada kena mengena dengan UMNO dan parti ini tidak pun terlibat apatah lagi bertanding.

Kerana UMNO yang gila kuasa, sebab itu MUDA berunding mengecilkan pegangan PH dengan mengambil 6 kawasan mudah untuk mereka dalam PRN Johor.

Kerana UMNO yang gila kuasa, sebab itu MUDA mengecam PKR kerana menerima katak politik dalam PRN Melaka. Kerana UMNO yang gila kuasa, maka MUDA bersetuju untuk bekerjasama dengan PKR. 

Dan Kerana UMNO yang gila kuasa jugalah, kini kepimpinan utama MUDA meraikan pelompat bersiri yang berasal dari PKR lalu ke BESATU dan kini mendarat aman dalam MUDA.

Kesemua pelanggaran prinsip, tikam menikam,  tuduh menuduh dan kecam mengecam yang berlaku antara MUDA, PKR, PH dan semua pihak, adalah kerana UMNO yang gila kuasa. 

Hebat UMNO. Tahniah.