Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hilang kepercayaan kepada Muhyiddin, Ketua Bahagian PPBM Mersing umum keluar parti

Laili Yusof (sebelah Najib)

MERSING: Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mersing mengumumkan keluar parti hari ini dan menyertai UMNO selepas hilang kepercayaan dan mendakwa parti itu tiada hala tuju.

Laili Yusof yang juga Pengarah Pilihanraya Bersatu Endau, berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira perkara sewajarnya dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

“Dengan rasa tawaduk dan penuh keinsafan serta sedar, dengan ini saya mengumumkan untuk melepaskan jawatan dan keluar daripada Bersatu. 

“Walaupun keputusan terburu-buru tatkala berlangsung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sebenarnya ia dibuat setelah mengambil kira perkara sewajarnya tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

“Sejujurnya, saya telah hilang kepercayaan kepada Bersatu yang lari daripada prinsip asal parti. Kami rasa penyertaan dan perjuangan selama ini hanya sia-sia dan menguntungkan beberapa pihak sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan tengah hari yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan calon Barisan Nasional (BN) DUN Endau, Youzaimi Yusof.

Laili berkata, keputusan yang diambilnya itu diharap akan menjadi iktibar kepada rakan-rakan lain dalam parti itu yang berada di negeri Johor. 

“Dengan ini kami juga ingin nyatakan hasrat kembali ke landasan asal (UMNO) sekaligus kembali menyokong calon BN DUN Endau dan Tenggaroh dalam PRN Johor kali ini. Kami memilih untuk kestabilan masa depan,” katanya.


 –UTUSAN ONLINE