Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ini sebab kenapa Jelutong dan Shah Alam 'panas punggung' ketika Najib berbahas


Banyak perkara penting dibahaskan oleh DS Najib dalam parlimen semalam.

Antara yang menarik dalam perbahasan Dato Seri Najib Razak semalam adalah isu berkaitan hutang negara dan 1MDB.

Najib membangkitkan isu pembatalan perjanjian penyelesaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) milik kerajaan Abu Dhabi oleh PH pada 2020.

Menerusi perjanjian pada 2017 itu, IPIC berjanji akan mengembalikan sebanyak USD6.5 bilion kepada 1MDB sebelum 31 Disember 2020.

Kenapa ia dibatalkan tanpa sebab oleh PH?

Sedangkan sekiranya diteruskan, 1MDB akan menerima semula wang yang didakwa hilang itu dan dapat digunakan untuk membayar hutangnya.

Begitu juga tentang wang KWAP berjumlah RM4 bilion yang didakwa hilang oleh Din Podah. Faktanya, duit tersebut tidak hilang dan ia disahkan masih ada dan dibekukan di bank di Switzerland.

Tetapi selepas kerajaan PH memenangi PRU14, mereka seolah olah tidak berminat juga mendapatkan wang ini kembali.


Jika duit KWAP itu dibawa kembali, nilainya hari ini adalah RM5.05 bilion berdasarkan tukaran USD1 kepada RM4.20. Ianya jauh melebihi RM4 bilion yang dipinjam SRC.

Malangnya, PH lebih berminat untuk berpolitik konon Najib mencuri duit rakyat. Sedangkan begitu banyak manfaat untuk rakyat sekiranya duit duit ini dikembalikan.

Patutlah Jelutong dan Khalid Samad menjerit jerit macam beruk semalam masa Najib berbahas. 

Rupanya depa kepanasan bila taik PH didedahkan oleh Najib.

sumber: RF Lias