Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isteri tikam zakar suami dengan lembing


BANGKOK – Seorang wanita di  wilayah Buriram, Thailand, bertindak menikam zakar suaminya  menggunakan tempuling atau lembing ketika mereka  bertengkar, lapor laman berita Thaiger semalam.

Wanita berusia 43 tahun itu dikatakan menikam lembing tersebut dan memutarkan senjata tajam itu seperti yang sering dilakukan ketika menangkap ikan.


Selepas serangan tersebut, mangsa yang berusia 45 tahun dilaporkan melarikan diri ke rumah ibunya sebelum mendapatkan rawatan di hospital pada keesokan harinya.

Dia dilaporkan menerima 17 jahitan.



Menurut laporan media tempatan, mangsa kini tinggal bersama ibunya kerana bimbang sekiranya dicederakan sekali lagi oleh isterinya.

Sementara isterinya pula berkata, ketika kejadian, suaminya mencekik lehernya terlebih dahulu sebelum dia bertindak mencapai sebatang lembing lalu menikam zakar lelaki itu. 

– AGENSI