Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

JAKIM hasilkan Apps khas untuk golongan 'kunyit'


Berita gembira buat golongan yang selama ini agak-agak terpengaruh, terpesong, terkeliru serta telah tersimpang jauh lari dari fitrah.

Mereka yang mempunyai gender dysporia, kecelaruan gender, krisis identiti jantina atau mereka yang lebih manja dengan gelaran golongan semburit atau ‘kunyit’, kini boleh mendapatkan bantuan menggunakan aplikasi telefon pintar dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

JAKIM kini telah memperkenalkan aplikasi yang dinamakan Hijrah Diri – Homoseksualiti melalui satu hantaran yang dibuat di laman Facebooknya bagi membantu golongan ‘kunyit’ atau Lesbian, Gay, Bisexual, dan Transgender (LGBT) seperti anda kembali ke pangkuan jalan.

Aplikasi ini merupakan satu inisiatif dan usaha murni JAKIM yang dibangunkan bersama Yayasan Ihtimam Malaysia sebagai usaha untuk membantu golongan ‘kunyit’ yang telah ‘hanyut’ kembali kepada fitrah.

Antara lain aplikasi ini mengandungi e-book yang menceritakan pengalaman sebenar seorang gay yang telah bertaubat dan meninggalkan perlakuan homoseksual.

Kisah beliau yang nekad untuk berhijrah pada satu bulan Ramadan wajar dijadikan iktibar buat golongan ‘kunyit’ sepertinya di luar sana.


Turut disertakan dalam aplikasi ini ialah wirid al-ma’thurat, doa serta zikir terpilih yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Terdapat juga kertas kerja berkaitan isu LGBT menurut perspektif Islam, tazkirah dalam bentuk audio serta banyak lagi!

Namun, buat masa ini, aplikasi telefon pintar ini hanya tersedia dan boleh dimuat turun di Goole Play Store oleh mereka yang menggunakan peranti Android sahaja.

Tidak dinyatakan pula bila pengguna peranti iOS atau HarmonyOS dapat memuat turun aplikasi yang  ini di Apple App Store atau Huawei AppGallery nanti.

Untuk muat turun, pengguna boleh klik pautan yang diberikan berikut:



Tinjauan di ruangan komen Facebook JAKIM tersebut mendapati ramai yang memuji langkah baik ini.