PARLIMEN: Ahli Parlimen Padang Rengas Dato Seri Nazri Aziz hari ini menegaskan dengan tindakan Ahli Parlimen pambang yang menolak usul subseksyen SOSMA sehingga Kerajaan kalah dalam undian semalam telah menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan.
Menurut Nazri, rakyat berpandangan bahawa kerajaan hari ini sudah tidak stabil dan tidak kuat.
Dengan majoriti yang ada di dalam Dewan Rakyat, pihak kerajaan kalah dalam isu SOSMA dan tindakan yang betul adalah dengan mengembalikan kepada rakyat.
"Kita mempunyai alasan sekarang untuk diadakan PRU, dan ini bukan keputusan saya. Ini keputusan parti saya.
"Kalau mereka (parti) fikirkan itu bahawa mandat perlu diberikan semula kepada rakyat sebab kita kalah, dan juga disebabkan MoU yang tidak diikuti walaupun mereka kata mereka akur, tapi di pihak kita mereka tidak akur. Dan bagi rakyat biasa, mereka tengok persepsi. Kerajaan kalah." ujar Nazri dalam Dewan Negara.
video: