Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Kalau setuju bubar parlimen, saya akan bincang dengan Top 5' -Ismail Sabri


PAU 2021 | Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata dia tidak akan menunggu walau satu saat pun untuk memulakan langkah membubarkan parlimen jika ia dipersetujui parti.

Bagaimanpun naib presiden Umno itu berkata, perkara tersebut perlu dibincangkan terlebih dulu dengan kepemimpinan tertinggi parti.

"Kalau dipersetujui, beri saya bersama dengan presiden, timbalan, naib-naib atau top five untuk bincangkan perkara ini, boleh?

"Jika kita yakin dengan kemanangan, kita takkan tunggu satu saat pun untuk bubarkan parlimen untuk PRU ke-15," katanya.

Selepas Ismail Sabri mengakhiri ucapan penggulungannya, dia mendapat tepukan gemuruh dan tangannya dijulang oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

-Mkini