Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kenyataan terbaru SPRM buktikan Mahathir berbohong tak tahu kes Zeti


PRN JOHOR: Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini secara tiba-tiba menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan bahawa bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Zeti Akhtar Aziz dan keluarganya menerima dana 1MDB.

Katanya, beliau tidak tahu mengenai perkara itu kerana ia berlaku ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

“Masa saya jadi Perdana Menteri tidak ada masalah, benda ini berlaku selepas saya letak jawatan.

“Perkara ini perlu disiasat, tentukan benar atau tidak Zeti dan keluarganya terlibat perbuatan curang ini,” katanya ketika menghadiri sebuah program di Felda Ayer Hitam di sini.

Kenyataan SPRM buktikan bahawa Mahathir berbohong

Berlainan pula dengan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini yang mendedahkan Pejabat Peguam Negara (AGC), pada 2018, yang bertindak mengarahkan polis menyiasat suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz.

Bekas Peguam Negara Tommy Thomas yang dilantik Mahathir, pada hujung 2018 telah menyelaraskan siasatan antara SPRM dan polis, berhubung kes membabitkan Tawfiq Ayman.


“Fokus SPRM adalah untuk mengenal pasti serta mendapatkan semula dana terkait dengan kes 1MDB, termasuk sejumlah USD15.4 juta, yang melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd, milik Tawfiq,” katanya dalam kenyataan.

“Manakala, AGC telah mengarahkan polis untuk menumpukan kepada aspek kesalahan jenayah berhubung penerimaan wang tersebut ke dalam akaun milik Tawfiq di Singapura dan siasatan masih berjalan sehingga kini.”

Kenyataan SPRM dikeluarkan susulan persoalan berhubung keputusan SPRM menyerahkan siasatan kes membabitkan Tawfiq kepada polis.

SPRM berkata, idea menyerahkan kes Tawfiq itu kepada polis bagi mengelak pertindihan siasatan selaras arahan AGC.

Katanya, penyelarasan itu penting kerana membabitkan pengumpulan bukti dan keterangan mereka yang terlibat, serta memudahkan untuk berurusan bersama pihak Singapura, yang memberi keutamaan kepada satu agensi penguat kuasa yang menjalankan siasatan kesalahan jenayah.

“Sehubungan itu, tidak timbul isu kegagalan mana-mana agensi penguat kuasa untuk mengesan, menyiasat dan mendakwa apa-apa kesalahan dalam transaksi kewangan tersebut seperti dibangkitkan oleh segelintir pihak,” katanya.

Najib zahir rasa kecewa

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini dibicara dalam kes SRC dan 1MDB melahirkan rasa terkilan kerana tidak diberitahu mengenai kes ini oleh Kerajaan PH, PN  mahupun pihak barisan pendakwaan.

Ini adalah kerana ia dapat dijadikan bahan bukti dalam kes beliau pada awal perbicaraan di mahkamah tinggi lagi.

"Rupanya kerajaan PH dan PN dah lama tahu. Sejak 2018 pun. Tommy yang uruskan. Kenapa tak beritahu kami pula?" soal Najib.

-FMT/TunCarlos