Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kertas siasatan suami Zeti akan dihantar kepada Peguam Negara -Polis


PUTRAJAYA: Polis akan menyerahkan kertas siasatan terhadap suami bekas Gabenor Bank Negara (BNM) Zeti Akhtar Aziz kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak lama lagi.

“Bagi (kes) Tawfiq, tugas yang diserahkan kepada SPRM adalah membawa pulang wang dari Singapura,” kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap Tawfiq Ayman pada sidang media hari ini.

“Di pihak polis, saya rasa kertas siasatan mereka masih dibuat dan apabila siap akan dihantar ke AGC.”


Pada Mac tahun lepas, polis dilaporkan memulakan siasatan ke atas dana berkaitan 1MDB yang didakwa dipindahkan ke akaun bank milik Tawfiq di Singapura.

Polis Singapura dilaporkan telah memaklumkan kepada BNM mengenai transaksi mencurigakan pada 2015 dan 2016 melibatkan sebuah syarikat milik suami Zeti dan salah seorang anak lelakinya.

Ia membabitkan dana yang masuk daripada akaun yang dikaitkan dengan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low yang didakwa menjadi dalang skandal kewangan 1MDB.

-FMT