KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, sebelum bulan Ramadan adalah masa paling tepat bagi kerajaan membenarkan pengeluaran terakhir Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.
PAda waktu itu, KWSP sudah selesai membayar dividen tahun 2021.
Beliau juga menggesa semua pemimpin PH yang sebelum ini juga menyokong pengeluaran KWSP ketika kempen PRN Johor baru-baru ini agar turut mendesak isu ini.
"Semasa kempen PRN Johor, ramai dari pihak sebelah sana yang pernah bantah pengeluaran khas kali terakhir KWSP tiba-tiba menyokong pula.
"Anwar, Guan Eng, PPBM dan PAS u-turn pula untuk sokong. Harap ini bukan sakadar sokongan sementara sempena musim PRN.
"Jika mereka benar-benar menyokong maka masa selepas bayaran dividen tahun 2021 dan sebelum bulan Ramadan ini adalah masa paling tepat untuk dilaksanakan..
Bekas perdana menteri itu juga berharap kerajaan pertimbangkan empat langkah yang pernah dicadangkan bagi memulih semula baki simpanan KWSP yang rendah bagi mereka yang masih terjejas akibat Covid-19.
Langkah tersebut ialah menstruktur semula kadar dividen KWSP dan naikkan semula kadar caruman, pulihkan semula projek kereta api laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan memberikan projek Bandar Malaysia kepada KWSP dan Permodalan Nasional Berhad, selain beberapa projek kerajaan kepada KWSP dan syarikat-syarikat milik dana pencen itu.
Diharap dengan permintaan yang datang sekali dengan cadangan untuk memulihkan semula KWSP ini mendapat kelulusan dari Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.
– MalaysiaGazette/TunCarlos