Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Menteri tergamam tengok adegan lucah drama lakonan Zul Ariffin


PUTRAJAYA: Sedutan klip video adegan ‘panas’ dikongsi pelakon, Zul Ariffin turut ditegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Idris menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau akui kecewa dengan paparan klip video ‘teaser’ drama Perempuan yang dikongsi pelakon itu. 

Menurutnya, beliau menyifatkan paparan itu sebagai melampaui batas dan ia perlu ditegur. 

“Saya akan menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah. 


“Hela nafas panjang saya apabila sebuah drama yang ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun, seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampaui batas yang perlu ditegur,” katanya. 

Katanya, hiburan tidak dihalang dalam Islam, namun, tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi ia melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat. 

Idris berkata, industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin beliau ingin halangi. 

“Tetapi jika ia mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ia berlaku tanpa dinasihati. 

“Pada masa sama, saya menyeru kepada seluruh umat Islam, tidak kira usia dan kedudukan, untuk bersiap menghadapi Ramadan yang menjanjikan sejuta hikmah oleh Allah SWT. 

“Jauhi perkara mendekatkan kita dengan maksiat, agar Ramadan kita tidak tercalar dan cacat cela,” katanya. 


–UTUSAN ONLINE