Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Nak bubar parlimen, parti pun tak bincang lagi' -Ismail Sabri


PAU 2021 | Ismail Sabri Yaakob berkata, adalah tidak wajar Umno dilihat mahu mengambil alih kuasa Yang di-Pertuan Agong apabila mengambil pendirian mendesak agar parlimen dibubarkan segera.

Kata Naib Presiden Umno itu pembubaran parlimen serta pelaksanaan pilihan raya umum (PRU) merupakan kuasa Agong.

Pada masa sama Ismail Sabri berkata, setakat ini belum ada sebarang perbincangan rasmi dibuat oleh badan dalam Umno mengenai pembubaran parlimen.

“Ini semua perlu dibincangkan dengan Agong. (Kalau) kita tetapkan tarikh kita sendiri, nanti Agong kata kita ambil alih kuasa dia. Jadi, jangan ambil alih kuasa Agong... kita tunggu.

“Apa-apa pun, kita akan bincang. Tapi saya dah kata, mula-mula kita bincang dalam parti dahulu.

“(Setakat ini) Parti pun tak bincang lagi. Tunggu, bincang dalam partilah,” katanya ketika ditanya pemberita selepas menghadiri program minum petang dan ramah mesra bersama kelab naib ketua bahagian Umno Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Desakan untuk mengadakan PRU awal disuarakan sekumpulan pemimpin Umno dan semakin kuat sejak akhir-akhir ini, khususnya selepas parti itu menang besar di Johor.

Mesyuarat malam ini

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan juga menyentuh isu berkenaan sama ada secara langsung atau tidak semasa merasmikan persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno malam tadi.

Pun begitu ada pihak lain - khususnya kumpulan yang berjawatan dalam kerajaan - berpendapat hal tersebut perlu diperhalusi terlebih dulu.


Misalnya Ketua Wanita Umno Malaysia Noraini Ahmad yang berpendapat parti perlu mengambil kira perjanjian yang dimeterai dengan pembangkang sebelum ini.

Seorang lagi naib presiden Umno Mahdzir Khalid juga kelihatan keberatan untuk parti itu membincangkan hal tersebut secara terbuka. Pandangan sama turut dikongsi bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa.

Ketika disoal lanjut, Ismail Sabri juga berkata dia belum menerima sebarang cadangan berkenaan hal itu, samada secara rasmi mahupun secara peribadi.

“Malam ini kami ada mesyuarat khas majlis kerja tertinggi. Segala usul sayap akan dibincangkan. Kita tengoklah,” katanya

-Mkini