PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ke Singapura bagi menjalankan siasatan terhadap akaun Datuk Dr. Tawfiq Ayman, suami kepada bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.
Ia berhubung penerimaan dana yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Hussain berkata, pihaknya telah mendapat kebenaran pihak berkuasa Singapura untuk melakukan siasatan d sana.
[laporan lanjut menyusul]