Pakatan Harapan dan PKR menjadi pilihan tidak popular pengundi Melayu, terutamanya golongan atas pagar dalam pilihan raya Johor, Sabtu lalu, kata Rafizi Ramli.
Naib presiden PKR berkata beberapa simulasi melibatkan kira-kira 40,000 pengundi Melayu mendapati mereka cenderung mengundi BN.
“Malah jika mereka tidak membuat sebarang keputusan atau duduk atas pagar, mereka lebih cenderung kepada BN dan selepas itu PN (Perikatan Nasional), bukan lagi PH,” katanya dalam wawancara radio hari ini.
BN menang besar dalam pilihan raya negeri Johor.
Parti itu meneruskan kemaraan dalam pilihan raya Melaka dengan memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Katanya, sokongan orang Melayu terutamanya dari kalangan penyokong atas pagar terhadap PH menurun kira-kira 10 peratus.
-Mkini