Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pihak persoal kemenangan BN serupa perangai budak-budak -Tok Mat


KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menempelak tindakan pembangkang yang mempersoal kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menyifatkan tindakan tersebut seperti budak-budak, katanya, kemenangan tersebut perlu diakui semua pihak meskipun undi popular memiliki peratusan yang rendah.

“Walaupun banyak yang menyatakan kita susah nak menang, tapi kita menang. Orang kata kita menang sebab orang tidak datang. Menang tetap menanglah. Dia kalah bermakna kalahlah. Mereka kata UMNO menang sebab pengundi tidak keluar, orang ‘you‘ tidak keluar, ‘you‘ punya pasal lah.

“Kalau nak menang, ‘you‘ keluarkanlah pengundi ‘you‘. Ada pula macam main ting-ting.


“Dulu kami kalah, kami terima. Tidak ada pula kata marah, matahari tidak terbit, laut tidak pasang. Ini macam budak-budak,” katanya bagi memulakan ucapan perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bagi Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), malam ini.

Bagaimanapun, jelas beliau, UMNO perlu bersiap sedia menghadapi cabaran lebih besar iaitu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Itu Perdana Menteri akan nasihatkan Agong, baru Agong setuju atau tidak. Kita mesti duduk dulu baru berlunjur, jangan terus berlunjur, nanti jatuh.

“Adat Melayu ini ada merisik, jangan terus hantar cincin tunang. Kalau tolak, malu. Anak pakcik dah dara dah, boleh tidak nak sunting bunga di taman? Baru terima dengan senang hati,” katanya.

-Utusan