Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis mohon bantuan kesan Effa Liyana, dah hilang 2 minggu


IPOH – Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 18 tahun dari Medan Klebang Restu di sini yang dilaporkan hilang sejak dua minggu lalu.

Difahamkan, kehilangan Effa Liyana Yusri itu disedari bapanya pada 20 Februari lalu setelah didapati tiada di dalam bilik di rumah mereka.

Satu laporan polis dibuat bapa remaja itu keesokkan hari di Balai Polis Chemor.


Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dalam satu kenyataan berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Aslina Mat Ali di talian 019-2119539 atau 05-2451628.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi IPD Ipoh di talian 05-2451500.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung remaja terbabit diharapkan dapat memberi kerjasama bagi membantu siasatan,” ujar kenyataan itu. 

– KOSMO! ONLINE