JOHOR BAHRU: Keputusan tidak rasmi menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendahului di 43 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat pukul 7.35 malam.
Kerusi itu merangkumi DUN Buloh Kasap, Benut, Larkin, Kota Iskandar, Permas, Panti, Tenggaroh, Bukit Naning, Maharani dan beberapa lagi kerusi.
Pilihan raya kali ini menyaksikan seramai 2,599,797 juta pengundi aktif daripada keseluruhan kira-kira 3.52 juta penduduk negeri ini.
– UTUSAN