Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rakyat kerumun nak tengok perompak? Sambutan dia yang suam-suam kuku -Najib


PRN JOHOR | Selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berpandangan sambutan hangat diterima bekas perdana menteri Najib Razak dalam kempen di Johor mungkin kerana mahu melihat dengan sendiri wajah “perompak” yang terpalit dengan skandal besar dan telah memalukan negara, Najib terus memberi respon.

"Jawapan Abah korang kenapa saya lebih mendapat sambutan Rakyat di Johor berbanding sambutan dia yang suam-suam kuku. Okay lah. Suka hati dia."kata Najib.

Muhyiddin merujuk kepada sabitan bersalah terhadap Najib dalam tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berkaitan kes SRC International.

“Nak tengok dekat-dekat betul ke dia ni perompak? Betul ke dia ni yang dah dijatuhkan hukuman? Jadi jangan kita andaikan kerana ramai datang kerana suka. Ramai datang nak tengok muka sebenarnya." kata Muhyiddin.

“Adakah ini orang yang telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, terbabit dalam kes SRC, orang ini juga yang naik turun ke mahkamah untuk perbicaraan belum selesai.


“Bagi saya ini adalah satu perkara yg amat memalukan. Jadi kalau ramai keluar tu, dia rasa seronoklah. Tapi biasa kita sebut, patut dia ada rasa malu. Tak payah saya sebut lagilah,” kata Muhyiddin kepada pemberita dalam sidang media di Hotel Impiana, selepas Majlis Ikrar dan Tandatangan Calon Perikatan Nasional untuk PRN Johor.

Najib turun ke Johor beberapa hari lalu bagi membantu kempen BN dan MCA.

Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsi ke media sosial Najib, dia nampaknya disambut hebat oleh kaum Cina di tempat-tempat yang dikunjunginya, dengan banyak penduduk mengambil kesempatan bergambar atau merakam video bersamanya.

Namun, lawatan itu dikritik sesetengah pihak yang sakit hati dan cemburu melihat keadaan tersebut.

-Tun Carlos