Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sebagai bekas Naib Presiden UMNO, saya agak popular di Johor


JOHOR BAHRU: Presiden Warisan, Shafie Apdal menolak dakwaan partinya akan memecahkan undi pembangkang dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Bercakap kepada pemberita selepas “walkabout” di Johor Jaya hari ini, beliau mempersoalkan pihak yang membuat dakwaan itu, sambil berkata undi kepada pembangkang bukan “milik” eksklusif Pakatan Harapan (PH).

“Sejak bila undi milik mereka (PH)? Pengundi bukan milik parti. Pengundi bukan milik Umno, Barisan Nasional, DAP atau PKR.

“Kami bukan memecahkan undi. Rakyat akan memilih siapa yang mereka mahu undi. Jangan anggap mana-mana undi milik parti mereka sahaja. Rakyat Malaysia mempunyai hak mengundi sesiapa sahaja mereka mahu,” katanya.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, walaupun Warisan tidak bertanding dalam PRN Melaka dan Sarawak, namun PH mengalami kekalahan teruk di kedua-dua PRN berkenaan.


“Ini jelas menunjukkan sebahagian rakyat tidak lagi bersama PH. Sebab itulah Warisan mengambil keputusan meletakkan calon di Johor,” katanya.

Shafie berkata, beliau berkempen untuk DAP dan PKR di Sabah serta Johor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), selain membantu calon PH, Hassan Karim menewaskan bekas Menteri Besar Johor, Khaled Nordin bagi kerusi Parlimen Pasir Gudang.

Shafie kemudian mengkritik PH kerana menjadikan BN lawan utama dalam PRN Johor, apabila memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Putrajaya, September lalu.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, beliau agak popular di Johor, mengambil kira beliau sebelum ini adalah Naib Presiden Umno, dengan Johor adalah negeri yang banyak mengundinya ketika bersama parti itu.

Katanya, beberapa bekas ahli Umno dan MCA juga menyertai Warisan.

-FMT