Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rogol adik kandung, pelajar kolej kena penjara 14 tahun 30 sebatan


KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar kolej dihukum penjara 14 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana merogol adiknya sehingga melahirkan anak.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 21 tahun mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara 14 tahun itu berjalan serentak bagi setiap pertuduhan bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang merupakan anak sulung didakwa merogol adik kandungnya yang ketika itu berusia 14 tahun lapan bulan di sebuah rumah di daerah ini pada Disember 2020.


Perbuatan terkutuk itu didakwa dilakukan sebanyak dua kali lagi sehingga Januari 2021 di lokasi sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sehingga 10 sebatan. 

– UTUSAN