Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sah, Rosmah tidak memiliki kalung berlian merah jambu yang didakwa -Peguam


SHAH ALAM - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa beliau tidak pernah menerima kalung bertatahkan berlian merah jambu atau meminta barangan kemas tersebut.

Peguamnya, Datuk Geethan Ram Vincent berkata, Rosmah tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai invois barangan kemas yang ditunjukkan dalam perbicaraan kes membabitkan pegawai bank, Roger Ng di Amerika Syarikat.

Tambahnya, tindakan mengemukakan invois pada berbicaraan tersebut tidak boleh dianggap sebagai bukti bahawa Rosmah terlibat dalam pembelian kalung berlian merah jambu itu.

“Tindakan mensensasikan isu ini adalah satu lagi tindakan politik tidak bermaruah untuk memfitnah anak guam kami dan suaminya

“Memetik Margaret Thatcher, jika mereka serang secara peribadi ia bermaksud mereka tidak punya satu pun hujah politik yang tinggal,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, juri dalam perbicaraan kes bekas ketua pelaburan perbankan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng didedahkan mengenai barang kemas yang dibeli dengan wang yang didakwa dicuri daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Mahkamah Persekutuan Brooklyn di New York, Amerika Syarikat (AS) didedahkan pada Rabu dimana dakwaan itu turut mengaitkan penglibatan Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa membeli kalung berlian merah jambu bernilai AS$23 juta (RM97.2 juta) dihasilkan Lorraine Schwartz.

Tetapi, dia sebaliknya hanya memberi kenyataan yang telah dimasukkan pendakwa raya sebagai rekod rasmi mahkamah.

Menurut rekod kenyataan yang didedahkan oleh pendakwaraya, ketika urus niaga itu, Jho Low didakwa menghubungi Schwartz pada Jun 2013 dan meminta wanita tersebut mereka kalung berlian merah jambu dengan permata berbentuk hati yang dikatakan khas untuk Rosmah.

Menurut kenyataan Jho Low itu, Rosmah didakwa telah meminta berlian 18 karat, namun dia hanya mempunyai berlian merah jambu 22 karat dan urus niaga akhirnya dicapai untuk pembelian batu permata bersaiz lebih besar.

Bagaimanapun pihak juri tidak melihat gambar atau kalung yang sebenar. Juri hanya diberikan bukti invois yang tidak asli sahaja sebagai bahan bukti, bukan resit pembelian.

-TunCarlos.com