Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

SPRM dalam usaha dapatkan semula USD10 juta daripada Rohana


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha menyiasat bagi mengembalikan wang tunai dan aset berjumlah USD10 juta yang dikaitkan dengan 1MDB dalam siasatan berterusan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Rohana Rozhan.

Dalam sidang media, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata suruhanjaya itu juga sedang berusaha mengambil keterangan daripada individu lain di Amerika Syarikat berhubung siasatan itu.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan dipercayai diambil sekali lagi hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, Rohana dipanggil kira-kira pukul 9 pagi ini bagi siasatan lanjut berhubung pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc., Tim Leissner dalam dalam kes 1Malaysia Development Ber­had (1MDB) di Amerika Syarikat baru-baru ini.

“Ya, SPRM panggil Rohana sekali lagi,” kata sumber itu. 

Sebelum ini, Utusan Malaysia mendedahkan, siasatan terhadap Rohana dilakukan SPRM mengikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.

Malah, SPRM juga telah mengeluarkan perintah pembekuan ke atas aset dan akaun bank milik 

Sebelum, perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Amerika Syarikat bertukar sensasi selepas Leissner memberi keterangan yang dia mempunyai hubungan sulit dengan Rohana.

-FMT/TunCarlos