Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Eskalator Stesen LRT Ampang Park terbakar (video)


KUALA LUMPUR – Litar pintas yang berlaku pada suis box kawalan dipercayai punca eskalator di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Ampang Park, Jalan Ampang dekat sini terbakar awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, kejadian itu dipercayai bermula pada suis kawalan dan ada kena mengena dengan litar pintas sebelum terbakar.






“Kebakaran itu telah menyebabkan kerosakan pada eskalator dan bumbung. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Justeru itu, pihak pengurusan telah menutup operasi eskalator kepada orang ramai sebagai langkah keselamatan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. 

video kejadian:



– KOSMO! ONLINE