Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tanpa skandal 1MDB, kerajaan mampu beri subsidi gaji untuk B40 -Izzah


KUALA LUMPUR: Nurul Izzah menegaskan keputusannya untuk kembali ke politik adalah atas dasar mahukan rakyat diberi pilihan dalam membuat keputusan.

Beliau mahu semua parti pembangkang bergabung di bawah satu khemah besar.

Menurutnya lagi, gabungan kesatuan blok pembangkang dalam apa yang disebut sebagai khemah besar perlu ditafsir secara kontekstual.

Jelasnya, apa yang penting adalah memastikan kehendak naratif masing-masing, sama ada benar-benar mahukan perubahan atau sekadar mahu mengekalkan kuasa.

"Apabila dimaklumkan ia kerana mahu pembangkang menjadi kuat, apabila campur undi kita mampu kalahkan kerusi yang dimenangi Barisan Nasional dan UMNO, kerana kalau tiada pembangkang, tiada ruang untuk membawa kebertanggungjawaban kepada kerajaan."katanya ketika muncul dalam sesi ‘Terus Terang Edisi Terpaling’ yang disiarkan menerusi Facebook, pada Sabtu.

"Kenapa tiba-tiba perkenal gaji minima? Sebab tahu sudah sampai masa berlumba untuk dapatkan undi rakyat. Kenapa ambil dasar populis, kita faham isu pengeluaran wang KWSP.

"Tetapi kita juga tahu kalau tanpa skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan rasuah, negara ada keupayaan untuk keluarkan dana dan subsidi gaji yang memadai untuk pekerja termasuk golongan B40.


"Jadi kena lihat secara kontekstual, khemah besar mungkin boleh jadi cara bagi memastikan pembangkang bersama.

"Tetapi pembangkang sebenar adalah mereka yang tidak mudah dibuai bisikan atau tawaran. Anda benar-benar ikhlas mahu bersama pembangkang.

"Kita bercakap nak berunding, bagaimana nak pastikan parti itu berjaya, adalah kerana dia nak menjayakan rundingan tersebut," katanya lagi.

Turut serta dalam sesi diskusi itu ialah Rafizi Ramli.

Rafizi yang juga bekas ahli parlimen Pandan baru-baru ini mengumumkan hasrat untuk kembali aktif dalam arena politik negara, dan memutuskan akan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti akan datang.

-Awani