JOHOR BAHRU: Muhyiddin Yassin malam ini menawarkan peletakan jawatan sebagai pengerusi Perikatan Nasional susulan kekalahan teruk gabungan itu pada PRN Johor.
“Saya bersedia pada bila-bila masa kalau ada ahli parti buat keputusan begitu. Pasal Apa? Keputusan itu atas persetujuan rakan-rakan pimpinan dalam PN,” katanya pada sidang media malam tadi.
“Kalau nak tukar saya terima. Kita amalkan sistem progresif. (Jawatan pengerusi) Bukan hak saya, (tapi) keputusan parti atau kepimpinan parti komponen PN.”
Keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan BN menang 42 daripada 56 DUN, manakala PN hanya meraih tiga kerusi.
BERITA LANJUT MENYUSUL