'Tiada siapa pertikai kamu ada formula, masalahnya semua ke laut' Najib balas Rafizi
Labels:
Politik
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak hari ini membalas kenyataan bekas ahli parlimen PKR, Rafizi Ramli mengenai sindiran isu formula yang pernah dibentangkan oleh beliau satu ketika dahulu.
Sebelum ini, Rafizi membalas semula sindiran bekas perdana menteri Najib Razak yang menggelarkannya sebagai "raja formula songsang", dengan berkata Umno mempunyai ramai menteri tetapi tiada formula untuk menyelesaikan isu rakyat.
"Paling kurang aku ada formula, ini kau ada menteri berlambak ni, satu formula pun tak ada. Otak letak dekat mana?" kata Rafizi ketika pelancaran Ayuh Malaysia yang disiarkan secara langsung di Facebook.
Najib balas Rafizi
"Sensitif betul dia ni. Tak ada siapa pernah pertikaikan kamu tak ada formula. Sebaliknya, masalah ialah kamu terlalu banyak formula."ujar Najib.
"Formula mansuh PTPTN, pendidikan percuma, mansuh tol, petrol RM1.50, harga kereta Honda Civic lagi murah dari MyVi dan sebagainya. Kesemua formula ke laut. Formula songsang."
"Satu pun tak boleh pakai sehingga kamu lari masuk gua pada bulan Disember 2019 lalu setelah diketawakan dan dimaki seluruh Malaysia." kata Najib lagi.
-TunCarlos.com