Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

UMNO belum menang, tapi dah nak menjatuhkan sesama sendiri -Shahril


KUALA LUMPUR: Meskipun Perdana Menteri tidak memegang jawatan tertinggi dalam parti, namun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta barisan kepimpinan dalam Kabinet harus dihormati.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, ini kerana mereka mempunyai peranan tertentu dalam pentadbiran negara yang sudah pasti meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

“Kita juga tahu menteri kita, Perdana Menteri kita ada jasa, ada peranan. Peranan mereka bagi saya paling utama sekali menunjukkan kepada negara. Apa yang boleh berlaku, apa baiknya yang berlaku? Apabila UMNO yang menerajui kerajaan menunjukkan kepada negara, bibit-bibit pembinaan semula setelah kerosakan oleh Pakatan Harapan (PH).

“Saya tak setuju saudara-saudara kalau kata kerajaan hari ini sama macam PH dulu. Eh tidak sama. Kita kena angkat menteri kita, Perdana Menteri kita. Dia Naib Presiden UMNO saudara-saudara, dia bukan orang luar entah mana-mana,” katanya ketika menggulung ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.


Tegasnya, serangan dalaman parti perlu dihentikan serta-merta kerana selagi ahli UMNO masih setia dan tidak khianat pada parti, kesemua itu adalah aset UMNO.

“Kita kena hentikan macam ramai dah sebut tadi. Sindiran dan serangan, serangan sesama kita. Pakatan Harapan tu dah menang, tetapi dia jatuh sebab rosak ataupun gaduh dalaman. Kita ni belum menang lagi, tetapi ada dah nak menjatuhkan sesama sendiri. Bisik-bisik, momok-momokkan orang, takut-takutkan orang. Dakwa-dakwi, spekulasi, teori. Akhirnya masing-masing nak bersuara pun kadang-kadang takut pandang kanan pandang kiri takut tak masuk line itu tak masuk line ini.

“Saya ingat jangan begitu. Itu bukan cara kita nak menang. Selagi dia belum lompat bagi saya, selagi dia tidak khianat pada parti, bagi saya semuanya adalah aset parti. Yang ada jawatan, yang tak ada jawatan, yang menteri, yang timbalan menteri, yang tak ada apa-apa dalam kerajaan, semuanya aset parti,” katanya. 

– UTUSAN