KUALA LUMPUR: Video saat-saat runtuhnya tanah di Taman Bukit Permai Ampang tersebar di media sosial hari ini.
Tiga orang dikhuatiri tertimbus. Kejian tersebut melibatkan 15 buah rumah dan 10 biji kereta.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata sebuah jentera dengan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan dikerah ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 5.54 petang.
"Menurut maklumat awal (daripada) pemanggil, seramai empat individu dikhuatiri tertimbus dan pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan seorang mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.
video saat tanah runtuh:
Pergerakan tanah masih lagi berlaku ketika pasukan menyelamat melakukan kerja-kerja mencari mangsa tertimbus.
video: