Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wanita bunuh diri dalam tahanan polis


BALI: Seorang wanita mengambil keputusan untuk bunuh diri dengan menjerut lehernya sendiri menggunakan tali hitam di sebuah bilik di Pejabat Polis Tipiring II, Kota Denpasar, Jumaat lalu.

Lapor Kompas.com, polis turut menemukan surat wasiat suami mangsa yang meninggal dunia akibat bunuh diri.

Sebelum kejadian, mangsa dikenali sebagai MM, 36, ditangkap oleh Polis Denpasar di Jalan Tukad Bandung, malam sebelumnya.

Mangsa kemudian dibawa ke bangunan Tipiring II dan berada dalam keadaan baik serta berkomunikasi seperti biasa.

Pihak polis memaklumkan sudah memeriksa wanita itu bagi memastikan dia tidak memiliki objek tajam seperti pisau atau gunting sebelum diletakkan dalam bilik soal siasat.

“Pada pagi Jumaat, MM disoal siasat oleh anggota polis sebelum diserahkan ke Jabatan Perkhidmatan Sosial.

“Bagaimanapun, pada pukul 10 pagi, anggota polis mendapati mangsa terbaring dalam bilik air di bilik tersebut,” katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa sudah tidak bernafas dan disahkan meninggal dunia.





Pihak polis mendapati mangsa menggunakan tali bukan untuk menggantungkan dirinya, sebaliknya menjerut lehernya sendiri sampai mati.

Susulan kejadian itu, pihaknya akan merombak semula prosedur operasi standard mengenai aspek keselamatan dan pengawasan tahanan.

Setiap barangan individu akan diserahkan terlebih dahulu sebelum mereka dihantar kepada ahli keluarga, hospital atau pihak polis.

“Kita akan lebih tegas pada masa depan. Semua individu yang akan disoal siasat tidak akan dibenarkan membawa sebarang barangan ke dalam bilik itu,” katanya.

Ketua Perhubungan Awam Polis Denpasar, Ketut Sukadi mengesahkan kejadian tersebut.

-utusan