KYIV: Presiden Ukraine, Voldymyr Zelensky mencadangkan Israel sebagai lokasi rundingan damai antara beliau dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Zelensky terlebih dahulu mengucapkann terima kasih kepada Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett kerana usahanya cuba ‘mendamaikan’ Rusia dan Ukraine.
“Kami bersyukur atas usaha yang dilakukan oleh Bennett. Cepat atau lambat, kami boleh mulakan rundingan dengan Rusia, mungkin di Baitulmuqaddis.
“Ini adalah tempat yang baik untuk mencari perdamaian sekiranya boleh dilalukan (rundingan),” katanya.
Terdahulu, Zelensky mendesak Israel supaya ‘membuang sikap neutral’ terhadap Rusia kerana Israel sehingga kini tidak mengenakan sekatan terhadap Moscow.
Sebaliknya, Israel hanya mengutuk serangan yang dilakukan.
– AFP