Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Amyra Rosli hidap sakit misteri, suami mohon netizen kongsi cara rawatan


Pelakon dan juga pengacara NONA, Amyra Rosli kini berada dalam keadaan tidak sihat dan mengalami bengkak pada kaki sehingga menyebabkannya sukar untuk berjalan.

“Isteri Saya Tak Berapa Sihat”

Perkara itu didedahkan sendiri oleh suami kepada Amyra iaitu Amar Baharin melalui hantaran di Instagram yang menceritakan bahawa Amyra kini mengalami sakit sendi pada seluruh badan kaki membengkak seperti orang mahu bersalin.

“Isteri saya tak berapa sihat. Kaki ada kesan lebam-lebam. Sendi satu badan sakit. kaki bengkak macam orang nak bersalin (saya rasa water retention). Batuk tak berhenti.”-Kongsi Amar

Pihak Doktor Tak Dapat Beri Penyelesaian Terhadap Penyakit Amyra



Tambahnya lagi, Amar menyatakan bahawa Amyra mengalami masalah tersebut selepas disahkan positif COVID-19 pada bulan lepas malah turut meminta orang ramai yang pernah alami benda yang sama untuk berkongsi jalan penyelesaian. Hal ini disebabkan pihak doktor juga tidak dapat memberikan penyelesaian terhadap penyakit yang dihidapi Amyra.


“Semua ni jadi selepas +ve SARS-COV-2 6 March 2022. Ada siapa-siapa yang alami benda yang sama? Ada jalan penyelesaian tak? Sebab Doktor masih tak dapat solution kepada penyakit dia. Kalau ada, mohon share plz. Kami tengah ikhtiar.”-Amar

Sekadar info, Amar Baharin dan Amyra Rosli mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi ,5, dan Ayra Aryssa, 2.

-Murai.my