Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hadiah kurniaan Istana Johor bukan untuk kandungan media sosial -Permaisuri Johor


JOHOR BAHRU – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah sebarang kurniaan dari Istana Johor tidak sepatutnya disalah gunakan untuk meraih populariti di media sosial.

Raja Zarith bertitah demikian merujuk kepada pemilik akaun bernama ‘Shafeqyahya’ di TikTok yang telah menayang beberapa hadiah kurniaan dari Istana Bukit Serene, di sini.

Titah Raja Zarith, Baginda tidak mengenali individu pemilik akaun tersebut.

“Saya tahu hadiah-hadiah itu dan ia sebenarnya hadiah kurniaan kepada sesetengah pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor sebagai penghargaan ikhlas diatas perkhidmatan mereka.


“Saya tidak mengenali siapa ‘Shafeqyahya’ ini dan saya mengesyaki hadiah-hadiah itu disalah gunakan untuk meraih ikutan dan populariti di media sosial, seolah-olah mempunyai hubungan yang rapat dengan Keluarga DiRaja Johor,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Titahnya lagi, satu laporan polis akan dibuat untuk menyiasat sama ada wujudnya elemen salah guna ataupun menyamar sebagai pegawai kerajaan Johor. 

-KOSMO! ONLINE