Umum sedia maklum, pendakwaan kes mengabai dan menganiaya remaja sindrom down, Bella kini sedang berlangsung di mahkamah.
Peguam Hafidzah Hassan yang mewakili pengasas rumah Bonda, Siti Bainun turut menerima tempias kemarahan netizen berikutan hantarannya di twitter dan instagram berkongsi mengenai perbicaraan tersebut.
Di Instagram, beliau menjelaskan dalam semua kes yang pernah diwakilinya, dia membuat keputusan untuk ambil kes selepas membaca dokumen dan mempercayai versi anak guamnya.
Katanya, buat masa ini, masih terlalu awal untuk berkata itu dan ini, sebaiknya tunggu sahaja keputusan yang dibuat mahkamah nanti.
"Meh sistur nak share. soal balas adalah satu proses undang2 yg memberi ruang kepada satu pihak untuk menguji ketepatan dan kebenaran kata2, cerita2, dan versi2 pihak lawan."
Jangan risau nanti smpi masanya pihak sana pula akan soal balas pihak yg sini. Takde kaitan dgn peguam, mcm mana peguam boleh tidur bersubahat dengan tertuduh. Memang soal balas ni proses yg diperuntukkan di bawah undang-undang. Memang kena soal."
"Sebab memang kami tak boleh tidur, tapi sebab nak pastikan nasib dan hak Orang Kena Tuduh (OKT) dapat dibela.
"Peguam hanya wakil. kita tak perlu nak beremosi dengan peguam dan gunakan kata-kata yang tidak baik. Kalau anda di pihak yang salah macam mana?
"kalau anda di pihak yang betul pulak, still u have no rights to take it on us yang hanya bertindak mewakili dan memperjuangkan kepercayaan anak guam kami."
"Maaf kami bukan pihak yang berjuang ikut pihak yg anda suka, pilih, suka, dan diluluskan anda. masing-masing perjuangkan kebenaran masing-masing. Semoga kebenaran nya akan dpt diperlihatkan kelak. ameen.:ujarnya di Instagram
Peguam ini turut berkongsi proses sebahagian cross examination oleh peguam siti bainun kepada Saksi pendakwaan kelima di twiternya.
Sebahagian cross examination oleh peguam siti bainun kepada Saksi pendakwaan kelima.
— HafidzahHassan (@hafidzahhassan1) April 14, 2022
THREAD pic.twitter.com/BZyxAEEuGn