Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kawan baik Tun M, Imran Khan digulingkan dari jawatan PM


ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berjaya digulingkan.

Beliau yang juga kawan baik kepada Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir itu digulingkan selepas kehilangan sokongan menerusi undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya yang didakwa dipenuhi rasuah dan kronism. 

Gambar: Ciapan Imran Khan selepas gembira kawannya jadi PM semula.

Undian itu diadakan lewat tengah malam tadi, selepas parti pembangkang mengemukakan usul tersebut seperti keputusan yang dikekalkan oleh Mahkamah Agung.

Susulan itu, Pakistan perlu melantik Perdana Menteri Baharu bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

Parlimen Pakistan akan bermesyuarat untuk mengundi pemimpin baharu negara, esok.

Perdana Menteri baharu yang dilantik akan memegang jawatan itu sehingga Oktober 2023, sebelum pilihan raya baharu diadakan.


Imran memegang rekod sebagai Perdana Menteri Pakistan pertama yang digulingkan menerusi undi tidak percaya.

Sebelum ini, Mahkamah tertinggi negara memutuskan tindakan Imran untuk menghalang undi tidak percaya adalah tidak berperlembagaan.

-BBC