Sejak semalam tular di media sosial video seorang guru dari sekolah Henry Gurney tampil memberi sedikit kata dua kepada suspek kes bunuh seorang wanita yang didakwa telah dibunuh oleh rakan kepada seorang Youtuber terkenal.
Di dalam video tersebut beliau melahirkan rasa kecewa dengan insiden kematian allhyarhamah yang didakwa dibelasah oleh teman lelakinya yang juga seorang bekas pelajar Henry Gurney.
Hari ini, di laman youtube miliknya iaitu Zaman Ajmain, cikgu tersebut tampil sekali lagi membuat video yang kedua berkenaan kes bunuh tersebut setelah ramai yang didakwa keliru dan ada juga individu yang tidak berpuas hati dengan videonya semalam.
Menerusi laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal memaklumkan yang empat lelaki berusia 23 hingga 28 tahun telah ditahan sekitar Teluk Kumbar bagi membantu siasatan kes bunuh berkenaan.
“Polis menerima laporan daripada seorang doktor di Hospital Balik Pulau (HBP), di sini pada 10.39 malam Sabtu memaklumkan seorang wanita berusia 20 tahun dibawa ke hospital itu selepas tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.”
“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan lebam di kepala dan seluruh tubuhnya sebelum wanita itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya kritikal,” katanya.
Berikut adalah video kedua cikgu Henry Gurney tersebut: